Reka
bentuk pembungkusan diubah bertujuan untuk menjadikan pembungkusan tersebut
lebih cantik dan akan menarik perhatian pengguna untuk membeli. Hal ini penting
kerana ia akan membantu sesetengah perniagaan untuk berkembang lebih maju.
JENIS PEMBUNGKUSAN PRODUK
Terdapat
pelbagai jenis reka bentuk pembungkusan yang telah di reka. Produk makanan dan
bukan makanan juga dibungkus dalam pelbagai bentuk. Jenis pembungkusan produk terbahagi
kepada dua bahagian, iaitu:
i) Produk Makanan
ii) Produk Bukan Makanan
PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL
Pembungkusan tradisional lazimnya
melibatkan penggunaan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan seperti daun palas,
daun pandan dan daun pisang. Contohnya ialah:
Pada masa ini, kebanyakan produk
dibungkus dengan reka bentuk tersendiri untuk memenuhi ciri tertentu pada suatu makanan. Terdapat
beberapa ciri pembungkusan produk iaitu:
i) Mesra Alam
ii) Mudah Disimpan
iii) Maklumat Pelebelan
iv) Mesra Pengguna
v) Kekal Kualiti
Mesra Alam
Pembungkus biasanya diperbuat
daripada bahan mudah lupus dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini secara tidak langsung akan menyelamatkan alam sekitar.
Reka bentuk yang ringkas akan memudahkan penyimpanan barang di tempat yang sesuai.
Maklumat Pelebelan
Pembungkus perlu mengandungi maklumat yang lengkap
tentang produk.
Sebelum pengguna mengambil sesuatu
makanan, pengguna disarankan untuk melihat nutrisi label makanan yang biasanya
terletak di bahagian belakang bungkusan makanan tersebut. Pengguna perlu
perhatikan kandungan kalori, protein, lemak, gula, garam dan sebagainya. Untuk
pengetahuan semua, bahan yang tersenarai antara 3 teratas merupakan kandungan
yang tertinggi di dalam makanan tersebut. Oleh itu, nutrisi label ini memberi
maklumat yang sebenar tentang makanan tersebut.
Mesra Pengguna
Reka bentuk pembungkusan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.
Kekal Kualiti
Reka bentuk pembungkusan melindungi produk daripada terdedah kepada udara dan menghalang daripada rosak.
KEPENTINGAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan produk perlu direka bentuk mengikut
kesesuaian dan keperluan produk. Antara kepentingan reka bentuk pembungkusan
ialah:
- Mengelakkan produk daripada tercemar - Bahan yang tercemar akan menjejaskan kesihatan dan ia tidak dapat lagi digunakan.
- Mengawal keselamatan produk - Keselamatan produk dapat dipelihara daripada kerosakan atau kebocoran.
- Melindungi mutu dan fizikal produk - Produk ini akan bertahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang baik.
- Menyampaikan maklumat produk - Maklumat yang lengkap akan membantu pengguna mengetahui perkara yang berkaitan dengan produk.
penerangan yang jelas
ReplyDeleteRingkas, padat dan mudah utk difahami 😍👍
ReplyDeletePenerangan yang sangat jelas dan nota yang ringkas untuk senang difahami
ReplyDeletenota sangat membantu dan mudah difahami
ReplyDelete