Thursday, April 7, 2022

Reka Bentuk Teknologi Tahun 4: Reka Bentuk Pembungkusan



Reka bentuk pembungkusan diubah bertujuan untuk menjadikan pembungkusan tersebut lebih cantik dan akan menarik perhatian pengguna untuk membeli. Hal ini penting kerana ia akan membantu sesetengah perniagaan untuk berkembang lebih maju.

JENIS PEMBUNGKUSAN PRODUK
Terdapat pelbagai jenis reka bentuk pembungkusan yang telah di reka. Produk makanan dan bukan makanan juga dibungkus dalam pelbagai bentuk. Jenis pembungkusan produk terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:

     i) Produk Makanan




ii) Produk Bukan Makanan

        


PEMBUNGKUSAN MAKANAN TRADISIONAL
 Pembungkusan tradisional lazimnya melibatkan penggunaan bahan semula jadi berasaskan tumbuhan seperti daun palas, daun pandan dan daun pisang. Contohnya ialah:

     


KRITERIA-KRITERIA PEMBUNGKUSAN MAKANAN
 Pada masa ini, kebanyakan produk dibungkus dengan reka bentuk tersendiri untuk memenuhi ciri tertentu pada suatu makanan. Terdapat beberapa ciri pembungkusan produk iaitu: 
i) Mesra Alam
ii) Mudah Disimpan
iii) Maklumat Pelebelan
iv) Mesra Pengguna
v) Kekal Kualiti

Mesra Alam
Pembungkus biasanya diperbuat daripada bahan mudah lupus dan tidak mencemarkan alam sekitar. Ini secara tidak langsung akan menyelamatkan alam sekitar.



Mudah Disimpan
Reka bentuk yang ringkas akan memudahkan penyimpanan barang di tempat yang sesuai.


Maklumat Pelebelan
Pembungkus perlu mengandungi maklumat yang lengkap tentang produk.

                    

Sebelum pengguna mengambil sesuatu makanan, pengguna disarankan untuk melihat nutrisi label makanan yang biasanya terletak di bahagian belakang bungkusan makanan tersebut. Pengguna perlu perhatikan kandungan kalori, protein, lemak, gula, garam dan sebagainya. Untuk pengetahuan semua, bahan yang tersenarai antara 3 teratas merupakan kandungan yang tertinggi di dalam makanan tersebut. Oleh itu, nutrisi label ini memberi maklumat yang sebenar tentang makanan tersebut.

Mesra Pengguna
Reka bentuk pembungkusan memudahkan pengguna untuk mengendalikannya.

                                                 

Kekal Kualiti
Reka bentuk pembungkusan melindungi produk daripada terdedah kepada udara dan menghalang daripada rosak.



KEPENTINGAN REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan produk perlu direka bentuk mengikut kesesuaian dan keperluan produk. Antara kepentingan reka bentuk pembungkusan ialah:

  • Mengelakkan produk daripada tercemar - Bahan yang tercemar akan menjejaskan kesihatan dan ia tidak dapat lagi digunakan.
  • Mengawal keselamatan produk - Keselamatan produk dapat dipelihara daripada kerosakan atau kebocoran.
  • Melindungi mutu dan fizikal produk - Produk ini akan bertahan lebih lama dan berada dalam keadaan yang baik.
  • Menyampaikan maklumat produk - Maklumat yang lengkap akan membantu pengguna mengetahui perkara yang berkaitan dengan produk.








 









Reka Bentuk Teknologi Tahun 4: Reka Bentuk Pembungkusan

Reka bentuk pembungkusan diubah bertujuan untuk menjadikan pembungkusan tersebut lebih cantik dan akan menarik perhatian pengguna untuk memb...